Thursday, November 25, 2010

KIBLAT YANG SAMA



HUKUM ARAH KIBLAT

Surah Al-Baqarah ayat 144

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-kali mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap qiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu kearah Masjid al-Haram (Ka'bah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab mengetahui bahawa perkara itu(permindahan qiblat ke Ka'bah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka. Allah sekali-kali tidak lalai akan apa yang mereka lakukan.


Kiblat sebagai pusat tumpuan umat Islam dalam mengerjakan ibadah dalam konsep arah terdapat beberapa hukum yang berkaitan yang telah ditentukan secara syariat iaitu:

a. Hukum Wajib

1. Ketika shalat fardhu ataupun shalat sunat menghadap kiblat merupakan syarat sahnya shalat

2. Ketika melakukan tawaf di Baitullah.

3. Ketika menguburkan jenazah maka harus diletakkan miring bahu kanan menyentuh liang lahat dan muka menghadap kiblat.

b. Hukum Sunat

Bagi yang ingin membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, tidur (bahu kanan dibawah) dan lain-lain yang berkaitan.

c. Hukum Haram

Ketika membuang air besar atau kecil di tanah lapang tanpa ada dinding penghalang.

d. Hukum Makruh

Membelakangi arah kiblat dalam setiap perbuatan seperti membuang air besar atau kecil dalam keadaan berdinding, tidur menelentang sedang kaki selunjur ke arah kiblat dan sebagainya.


ARAH KIBLAT


Arah ke Kaabah yang terletak di Masjidil Haram, Mekah daripada lokasi tempatan melalui satu garisan lengkung di atas permukaan bumi mengikut jarak terdekat.

Kiblat atau juga dieja qiblat, merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem, namun pada tahun 624M diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah.

Lokasi Kaabah (di 21° 25' 24" N, 39° 49' 24" E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) un tukmenentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.

Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.

Kesemua empat mazhab yaitu Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali telah bersepakat bahwa menghadap kiblat salah satu merupakan syarat sahnya shalat. Bagi Mazhab Syafii telah menambah dan menetapkan tiga kaedah yang biasa digunakan untuk memenuhi syarat menghadap kiblat.


Bagi Mazhab Syafie ada tiga kaedah berhubung syarat sah menghadap kiblat:

1. Kiblat yakin- bagi orang yang berada di Masjidil Haram, wajib menghadapnya dengan yakin (melihat) atau menyentuhnya (bagi yang cacat penglihatan) atau dengan cara lain yang boleh dipastikan asal ada keyakinan.

2. Kiblat zonni- bagi yang berada jauh dari Masjidil Haram hendaklah menghadap ke arah masjid secara zonni iaitu melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Mekah.

3. Ijtihad- Bagi seseorang yang berada di luar Tanah Suci Mekah, hendaklah menghadap ke arah Tanah Suci dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau kaabah. Ini bergantung kepada ijtihadnya untuk melaksanakan tuntutan syarak.


Bagi yang mengambil sikap tidak apa, arah kiblat yang lari satu atau dua darjah bermakna kita terpesong sejauh 126 kilometer dari kaabah.


KAEDAH TRADISIONAL UNTUK MENETUKAN ARAH KIBLAT


1. Matahari istiwa atas Kaabah

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.

Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:

a)Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.

b)Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.

c)Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat



  • Rujuk laman web The Malaysian Standard Time (SIRIM BERHAD) di alamat http://mst.sirim.my untuk melihat ketepatan masa pada jam anda.


2. Kaedah buruj bintang

2.1 Menggunakan kedudukan buruj Orion atau buruj Al-Babadour.

Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu Mintaka, An Nilam dan An Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat. Namun, buruj ini boleh kelihatan pada bulan tertentu sahaja iaitu:

a) Julai- Pada waktu subuh.

b) Disember- Kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam.

c) Mac- Berada di tengah-tengah langit pada waktu maghrib.



2.2 Berpandukan bintang qutbi atau kutub

Bintang qutbi menunjukkan arah utara benar. Bintang ini terletak dalam buruj yang dinamakan 'Biduk Kecil' dan

berada di hujung tangkai buruj. Bintang ini menunjukkan arah Utara benar dari bagaimanapun di muka bumi ini. Ia

berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada Julai hingga Disember setiap tahun. Arah kiblat boleh ditentukan

berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68 darjah (bagi Malaysia) ke kiri dari bintang qutbi.

Rasi Al-Judah ( Bajak / Ursa Minoris )

Arah kiblat yang sesuai ditentukan berdasarkan perbedaan sudut sekitar 68°' ke kiri dari kedudukan bintang kutub seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Gunakanlah petunjuk sudut dengan jari untuk menentukan nilai bukaan sudut.

Panduan jari untuk perkiraan nilai sudut





3. Kaedah matahari terbenam

  • Secara umum, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah dari azimut 235 darjah hingga 295 darjah.
  • Ia boleh digunakan sebagai satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan jika mengetahui perbezaan sudut antara arah matahari dengan arah kiblat.









Kaedah moden MENENtuKAN kiblat ->post yang berikua


No comments:

Post a Comment